Selasa, 23 Disember 2008

Hari ni aku nak mengungkit.

Hari ini aku nak mengungkit beberapa kisah sebab aku takde mood dan aku nak marah-marah. PMS kot. Ah. Biar. Ok2. Aku nak cerita. Aku nak cerita kisah-kisah lepas. Aku study kat tempat yang sama dengan dia. Start hari ni, aku panggil dia 'M'. Gf si M ni orang KL. Aku selangor cukupla. Aku bukan gadis kl urban yang pakai hot pants,yang tindik banyak2 yang kau idamkan. Aku kadang-kadang macam kampung. Tapi sebab tempat aku belajar tu lagi kampung, aku dikira ok la kat sana. Balik pada cerita, M ni pun bukan orang selangor mahupun KL. Jadi, kadang-kadang, kalau dia pergi KL aku memang hot dan menyampah sebab aku tau dia nak pergi jumpa Gf dia tu.

Bukan apa, at least hormatla aku kan? Kenapa aku cakap camni? Sebab ada beberapa peristiwa yang menyebabkan aku rasa dia kurang hormat pada aku. Memang aku selalu melepak rumah member2 aku kat KL. Ada sekali tu, dia ada somewhere tempat yang takde transit awam atau ada pun memang agak sukar didapati. Dia call aku,mintak aku ambik. WTF? Memang we both ada kereta tapi lecehla kan kalau dia nak bawak kereta jauh2 datang KL sorang2 dan kebetulan aku pun memang tak bawak kereta pergi tempat study aku sebab aku malas dan dia dah ada kereta kat sana. Back to the story,aku time tu, mula-mula anggap dia nak pergi jumpa member2 lama dia,tapi on the way dalam kereta, aku dengar 2,3 phone call. Dalam hati aku,apa benda member2 dia ni nak kecoh sangat?

Lama2 aku dapat rasa dia nak pergi jumpa gf dia,one middle finger aku nak angkat! Nak jela tapi tak terbagi pun. Huh. WTF la nak pergi jumpa gf mintak tolong aku. Aku tau sebab esoknya, aku belek2 camera dia,ada gambar pompuan tu. Cibai betul.

Ada lagi satu, aku ngan dia ada event area kl jugak. Aku balik rumah ambik kereta. sekali lagi bai! Dia mintak tolong aku hantar dia pergi transit. Sudahlah. Aku nasib baik time tu kebetulan nak pergi KL jugak. Kalau tak,tak ingin aku nak bagi ko naik kereta aku,pergi jumpa GF kau. Aku perlu sedikit penghormatanla. Tak payahla nak jumpa gf mintak tolong aku. Ingat aku tunggul kayu ke takde perasaan? Taula aku ni cam lembut hati. Sekarang aku rasa bodoh! Bodoh sebab diperbodohkan lelaki. Esoknya, dia ajak aku jumpa kat BB. Ala. Sebenarnya, kau dah takde jalan kan nak balik pergi tempat event kita tu kan??

Yang si GF oun satu. Dah tau BF ko ni kat sini,datang ambikla. Kata sayang tak sanggup nak tinggalla,apela,bergantungla..Pirahh! Harap je lagi tua dari aku, tapi takde otak. Kalau ko sayang dan ko rasa memang kola perempuan terbaik, takde maknenya la ko nak lepas aku hantar BF ko ni. Klu pun dia tipu ko,kata member2 dia hantar, ko kan contact n rapat dengan member dia. So? Takkan ko tak tau. Member dia semua kau nak kenal. Kau kan banyak pasang spy n member dia semua informer ko.

Ada lagi satu peristiwa,aku tengah sedap2 tidur,pukul 5 pagi,dia suruh aku tolong datang amek kat Sabak Bernam pastu drop dia kat kl. Tak kuasa! Aku cakap kereta aku masuk bengkel. Dia agak bengang tapi dia tak boleh nak marah sebab kalau dah kereta aku masuk bengkel camne kan? Walaupun dia tau aku tipu dia,dia tak marah. Suara dia agak serba salah. (Macam mana dia tak tau aku tipu, hari sebelumnya, aku call dia time dalam kereta ngah jalan-jalan ngan mak aku) Aku rasa dia masa tu, dia dengan family dia, kat rumah sedara diorang kat sabak bernam gak. Dan malam tu,dia mintak maap kat aku banyak2 sebab susahkan aku pagi2 buta. Pandai pun nak ikthiar sendiri. Aku tak tau camne dia pergi KL aritu dan aku tak nak tau sebab memang aku bengang dan aku tak nak pikir macam mane sakitnya hati aku. Aku harap dia faham kenapa aku tak nak hantar dia sebenarnya. Aku perlukan sedikit rasa hormat!

Rabu, 17 Disember 2008

Jangan ingat aku tidak tahu bagaimana untuk senyum.

=)

Aku tahulah bagaimana nak senyum. Ada insan2 yang email aku dan tanya,kenapa life aku macam sedih je? Ala. Biasala tu sedih. Di sebalik sedih, masa yang aku ada, aku cubalah gembirakan hidup aku. Bila aku dengan si dia, aku gembira lah. Aku baca blog-blog orang lain yang gembira,dan aku juga ada teman-teman di luar sana yang boleh menggembirakan aku. Tapi, kadang-kadang, aku suka jugak dengan kawan-kawan maya aku macam korang. Hah. Korang yang sedang membaca. Kalau ko tak nak kawan ngan aku sudah. Orang yang nak kawan, aku sayang.Hak hak. Aku ingat time kecik-kecik, kalau kita gaduh je ngan kengkawan, diorang nyanyi..

'taknak kawan sudah...kita tak kisah..te*** awak sebelah'

haha.WTF?? Kalau aku nyanyi depan mak aku,confirm mulut aku nak kena cili.Haha.

Ok2.Aku nak ucap terima kasih pada yang sudi baca kisah aku. Sekarang aku tengah jelez dengan misz eyeliner sebab dia ada meja laptop baru dan aku asek atas katil je ngan laptpop,aku rasa sakit pinggang dan aku jugak jelez ngan cik orchidhana yang selalu makan pralines n cream. Sekarang,aku rasa nak pergi ikea pastu nak pergi baskin robin sekali.Haha.Babai!


Sabtu, 13 Disember 2008

Terima kasih kerana buat aku rasa macam ini.

Semalam,seorang blogger,aku rasa tak perlu aku cakap secara detail siapa, e-mail aku satu lagu. Picture-Kid Rock dan Sheryl Crow. Aku rasa cam terasa gak tapi dia cakap, dia tau apa aku rasa. Thanks. Sekarang aku nak kawan dengan dia. Kalau kau pernah jadi orang ketiga yang bukan berniat nak kikis harta,gila seks atau jahat sangat, kau tahu rasa camne jadi yang ketiga.

Aku tengah membayangkan,kalau aku jadi teman wanita rasmi kepada boyfriend tak rasmi aku ni, (apakes byk sgt rasmi x rasmi..hehe..ok.maksud aku,gurlfren betul boifren aku skarang), apa perasaan dia, bila aku tengah meluangkan masa dengan boifren dia ni,pastu boifren dia ni tak angkat call,balas mesej, lagi teruk off hp. Kalau 1-2 jam boleh blahla,tapi kalau 1 malam?

Lagi satu,aku tau kalau boifren aku ni tgh date dgn gurl dia,tapi dia main sms dengan aku. Tak pun curi2 call aku.Kenapa aku yang nak rasa bengang??.Haha.

Dan lagi jauh,aku bayangkan,camne pula kalau bagi pasangan yang dasyat2? Balak kau tengah berasmara dengan wanita yang dia sayang selain kau? Kalau aku rasa cam p**** la! Punya kat depan orang korang ambil gambar pegang tangan la,silang kaki la,padahal belakang kau, balak kau sedap bersuka ria dengan perempuan dia yang lagi satu.
Apahal aku nak bengang sama?

What a funny feeling I got!

Khamis, 11 Disember 2008

Kalau kita tak jumpa beberapa ketika boleh?

F - Female
M- Male

M : Honey,next week,she is coming. Ada short course.
F : Datang sini?Brape lame?
M : Ya.Few weeks.
F : So,i perlu berkurung?
M : Bukan camtu. Dia tau dan kenal u kan. So,biarla kalau dia terserempak ke apa pun dgn u. Tapi,
F : What?
M : I think kita. Kita yang tak boleh jumpa. And u tunggu I call u okay. Jangan call I. Boleh?
F : So whatever.
M : I tau u faham. I tak nakla dia buruk2 kan u depan family I. Family I tau u baik.
F : Then,sampai bila u nak simpan rahsia u ni dgn family u?
M : I'll try someday. Right now she is in a bad condition. Result dia,kerja pun x tau, mcm2 prob.
F : Sampai bila u nak dengan dia hanya sebab u kesian kat dia haa? I pun kesian. Ya. I faham.
M : Thanks honey 4 understanding.

understanding kepala tedi bear ko!Ya.Aku sabar ni.

Selasa, 9 Disember 2008

Hai,saya memang perampas

"Mana-mana lelaki yang tidak ada naluri untuk berkahwin lebih dari satu, bukan lelaki SEJATI namanya."

Petikan dari blog LadyNoe.Korang klik dan baca. Aku suka. Aku setuju.

Hai,saya perampas. Jadi, jaga teman lelaki kamu elok-elok sebelum saya rampas dia di depan mata kamu. Hahaha. Saya sebenarnya taklah sangat nak merampas, tapi kamu dan teman lelaki kamu buat saya nak merampas. Helloo...Jangan asyik fikir saya kejam hanya kerana merampas. Ada kamu fikir kenapa teman lelaki kamu cari orang seperti saya?

Jumaat, 5 Disember 2008

Lagu itu benar menikam jiwaku!

Kekasih Gelapku.

Lagu itu cukup hangat.
Ya.Terima kasih kepada kumpulan Ungu. Lagu kamu memang menikam jiwa aku yang sedang parah. Mengapa menikam? Lagu ini seolah bermain dengan hati aku.

Aku masih ingat,pertama kali dia mendendangkan lagu ini di depanku, aku layu, kaku dan sadis!
Air mata bergenang dan titis demi titis aku lepaskan.

Apa pun, terima kasih Ungu kerana menyedari fenomena yang sedang berlaku.

Khamis, 4 Disember 2008

Manusia tidak berhati perut.

Jadi,kau rasa aku manusia tidak berhati perut?
Kerana merampas?
Kau fikir aku benar ingin merampas?
Mahu aku beritahu,aku tidak dapat menjauhkan diri.
Aku jauh,dia mendekat.
Jadi?
Heh.Aku pernah lari.
Tapi dia mengejar.
Heh.Mau saja aku terus sepi.

Bicara manis kamu membunuhku

F-Female
M-Male

F:Sayang saya?
M: *Senyum dan memegang tanganku sahaja*
F: Sayang dia?
M: Honey,jangan cakap itu.Boleh kan?
F: Mm.yaa..
M: I need ur favour. Can you like,mm not uploading or writing sumthing about me in your social netwroking anywhere?
F: Why?Because she is reading?
M:I hope u'll understand honey...
F: so whatever.

Apa kalian rasa?

Apa kalian rasa kalau tahu buah hati kalian ada buah hati lain selain daripada kalian? Bengang tak? Tipulah kalau tak bengang. Tapi kalian boleh berfikir balik. Mengapa situasi ini terjadi. Barangkali ada silap yang kalian lakukan? Atau mungkin saja kalian itu tidak memenuhi apa yang si dia mahukan? Manusia sukar puas dengan apa yang mereka ada.

Aku ada berbicara dengan beberapa rakan yang sudah mempunyai kekasih hati dan kekasih hati mereka ada simpan di belakang. Aku diam setiap kali mereka berbicara. Terlepas kata, aku akan dianggap binatang.

Tapi kebanyakan mereka bagi aku masih dijadikan kekasih atas dasar keluarga yang sudah mengenali. Keluarga dah kenal. Payahlah si lelaki nak lepas. Lelaki ni mereka fikir macam - macam. Ah!Sudah. Perempuan simpanan terus mendiam dan menangis kesakitan di belakang. Ada kau fikir? Eh. Bukan aku nak sangat tau jantan korang tu, tapi kalau mereka dah nai melekat sangat,How can I resist? I'm a woman. Nak kata aku yang gatal? Ada aku kisah?

Apa itu Perempuan Simpanan

Korang fikir.Apakah itu Perempuan Simpanan? Mistress?Sejenis perempuan yang disimpan di dalam peti sejuk atau bank negarakah?Yang aku pasti,Masyarakat hari ni dah biasa kalau ada perempuan simpanan.

Bagaimana wujudnya perempuan simpanan?

Apabila seorang lelaki yang tidak puas dengan seorang sahaja wanita yang dimiliki (dalam erti kata lain teman wanita ataupun isteri dan sebagainya), maka mereka pergi mencari perempuan yang mereka boleh bercakap-cakap dan bersuka ria.

Mulut banyak yang kata,perempuan simpanan adalah golongan perempuan jahat yang gemarkan lelaki hanya kerana fantasi seks dan kikis harta lelaki. Tapi sedar tak sedar, ada juga golongan lelaki yang mencari perempuan simpanan untuk memuaskan nafsu mereka dan sekaligus makan duit perempuan.Oh!Malu sikitla weh..tapi takpe! Kebanyakan perempuan simpanan ini sebenarnya terlalu sayang pada lelaki itu!

aku ni perempuan simpanan jugakah?Nantikan di post seterusnya.