Khamis, 4 Disember 2008

Apa kalian rasa?

Apa kalian rasa kalau tahu buah hati kalian ada buah hati lain selain daripada kalian? Bengang tak? Tipulah kalau tak bengang. Tapi kalian boleh berfikir balik. Mengapa situasi ini terjadi. Barangkali ada silap yang kalian lakukan? Atau mungkin saja kalian itu tidak memenuhi apa yang si dia mahukan? Manusia sukar puas dengan apa yang mereka ada.

Aku ada berbicara dengan beberapa rakan yang sudah mempunyai kekasih hati dan kekasih hati mereka ada simpan di belakang. Aku diam setiap kali mereka berbicara. Terlepas kata, aku akan dianggap binatang.

Tapi kebanyakan mereka bagi aku masih dijadikan kekasih atas dasar keluarga yang sudah mengenali. Keluarga dah kenal. Payahlah si lelaki nak lepas. Lelaki ni mereka fikir macam - macam. Ah!Sudah. Perempuan simpanan terus mendiam dan menangis kesakitan di belakang. Ada kau fikir? Eh. Bukan aku nak sangat tau jantan korang tu, tapi kalau mereka dah nai melekat sangat,How can I resist? I'm a woman. Nak kata aku yang gatal? Ada aku kisah?

6 ulasan:

AkuKopiKauSiapa? berkata...

selalunya melekat kerana faktor intimasi fizikal..
hati sudah tak sayang sebenarnya, tapi zakar lelaki itu masih sayang kan perempuan itu, lelaki pula berfikir menggunakan zakar. untuk tidak menyakiti hati perempuan simpanan itu, terpaksa la cakap bahawa dia(lelaki itu) masih sayangkan perempuan simpanan itu. perempuan itu sama ada percaya dengan kesayangan lelaki itu atau hanya untuk memuaskan nafsu sendiri juga.
cinta dan nafsu banyak bezanya.
bila nafsu lebih menguasai dari cinta, pasti payah susah nak lepaskan bukan?

maaf jika menyakitkan hati anda, tetapi ini penjelasan ikhlas dari aku yang lelaki ini dan mengetahui bagaimana lelaki berfikir.

Perempuan berkata...

tak mengapa en kopi.
saya tidak kisah pun.
sudah biasa dengar ini semua.

tapi,
terkadang,
aku kasihan melihat nasib si kekasih sebenar.
dibiar.
aku cukup tak faham.
bagai si gila yang di sana mencinta,
tapi si lelaki buat tak tau saja.

apa2.

dewihati berkata...

hurm...

bila keseorangan..die mencari simpanannya...

bila rasa mahu berbicara.. simpanannya juga d cari...

aish..kekasih gelap....

kemana gadis harapan kluarga .. yg suda knl pd kluarga masing2? hurmm...

kesian kepada si gadis..
kesian lagi kepada lelaki yang kliru dlm memutuskan kputusan diri..

myhann berkata...

I think Ive something very simple and short about this.

Allah tidak memberkati cinta pada jantina lain sebelum ikatan pernikahan.
=)

Tanpa Nama berkata...

saya pun rasa sama macam awak
kedudukan sama macam awak
rasa sama macam awak
banyaklah sama macam awak

woohoo ade geng :P

Perempuan berkata...

dewi:
dia juga yang pilih nak begini.

hunn:
trime kasih atas peringatan

amilah:
hallo geng.sekarang kita nak rompak bank mana?haha =p