Selasa, 23 Disember 2008

Hari ni aku nak mengungkit.

Hari ini aku nak mengungkit beberapa kisah sebab aku takde mood dan aku nak marah-marah. PMS kot. Ah. Biar. Ok2. Aku nak cerita. Aku nak cerita kisah-kisah lepas. Aku study kat tempat yang sama dengan dia. Start hari ni, aku panggil dia 'M'. Gf si M ni orang KL. Aku selangor cukupla. Aku bukan gadis kl urban yang pakai hot pants,yang tindik banyak2 yang kau idamkan. Aku kadang-kadang macam kampung. Tapi sebab tempat aku belajar tu lagi kampung, aku dikira ok la kat sana. Balik pada cerita, M ni pun bukan orang selangor mahupun KL. Jadi, kadang-kadang, kalau dia pergi KL aku memang hot dan menyampah sebab aku tau dia nak pergi jumpa Gf dia tu.

Bukan apa, at least hormatla aku kan? Kenapa aku cakap camni? Sebab ada beberapa peristiwa yang menyebabkan aku rasa dia kurang hormat pada aku. Memang aku selalu melepak rumah member2 aku kat KL. Ada sekali tu, dia ada somewhere tempat yang takde transit awam atau ada pun memang agak sukar didapati. Dia call aku,mintak aku ambik. WTF? Memang we both ada kereta tapi lecehla kan kalau dia nak bawak kereta jauh2 datang KL sorang2 dan kebetulan aku pun memang tak bawak kereta pergi tempat study aku sebab aku malas dan dia dah ada kereta kat sana. Back to the story,aku time tu, mula-mula anggap dia nak pergi jumpa member2 lama dia,tapi on the way dalam kereta, aku dengar 2,3 phone call. Dalam hati aku,apa benda member2 dia ni nak kecoh sangat?

Lama2 aku dapat rasa dia nak pergi jumpa gf dia,one middle finger aku nak angkat! Nak jela tapi tak terbagi pun. Huh. WTF la nak pergi jumpa gf mintak tolong aku. Aku tau sebab esoknya, aku belek2 camera dia,ada gambar pompuan tu. Cibai betul.

Ada lagi satu, aku ngan dia ada event area kl jugak. Aku balik rumah ambik kereta. sekali lagi bai! Dia mintak tolong aku hantar dia pergi transit. Sudahlah. Aku nasib baik time tu kebetulan nak pergi KL jugak. Kalau tak,tak ingin aku nak bagi ko naik kereta aku,pergi jumpa GF kau. Aku perlu sedikit penghormatanla. Tak payahla nak jumpa gf mintak tolong aku. Ingat aku tunggul kayu ke takde perasaan? Taula aku ni cam lembut hati. Sekarang aku rasa bodoh! Bodoh sebab diperbodohkan lelaki. Esoknya, dia ajak aku jumpa kat BB. Ala. Sebenarnya, kau dah takde jalan kan nak balik pergi tempat event kita tu kan??

Yang si GF oun satu. Dah tau BF ko ni kat sini,datang ambikla. Kata sayang tak sanggup nak tinggalla,apela,bergantungla..Pirahh! Harap je lagi tua dari aku, tapi takde otak. Kalau ko sayang dan ko rasa memang kola perempuan terbaik, takde maknenya la ko nak lepas aku hantar BF ko ni. Klu pun dia tipu ko,kata member2 dia hantar, ko kan contact n rapat dengan member dia. So? Takkan ko tak tau. Member dia semua kau nak kenal. Kau kan banyak pasang spy n member dia semua informer ko.

Ada lagi satu peristiwa,aku tengah sedap2 tidur,pukul 5 pagi,dia suruh aku tolong datang amek kat Sabak Bernam pastu drop dia kat kl. Tak kuasa! Aku cakap kereta aku masuk bengkel. Dia agak bengang tapi dia tak boleh nak marah sebab kalau dah kereta aku masuk bengkel camne kan? Walaupun dia tau aku tipu dia,dia tak marah. Suara dia agak serba salah. (Macam mana dia tak tau aku tipu, hari sebelumnya, aku call dia time dalam kereta ngah jalan-jalan ngan mak aku) Aku rasa dia masa tu, dia dengan family dia, kat rumah sedara diorang kat sabak bernam gak. Dan malam tu,dia mintak maap kat aku banyak2 sebab susahkan aku pagi2 buta. Pandai pun nak ikthiar sendiri. Aku tak tau camne dia pergi KL aritu dan aku tak nak tau sebab memang aku bengang dan aku tak nak pikir macam mane sakitnya hati aku. Aku harap dia faham kenapa aku tak nak hantar dia sebenarnya. Aku perlukan sedikit rasa hormat!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

beb, serious sorg kwn aku sanggup buat gini.betul ckp ko,sekurang2nya dia patut hormat tak kira apa pun hubungan korang.dia lelaki tp tak kan dia pulak yg bergantung harap kt ko.

orkedhana berkata...

argh!benci!sakit ati oo!

ya!give some respect!

Amak berkata...

erm..macam teruk je kawan laki kau tu?

errul_ramli @ MH berkata...

ada gak ke lelaki macam tu?

Luth Textile berkata...

rlex...
jangan gitu..

eliza berkata...

aku pun penah alami situasi yg sama mcm ko. cuma yg bezanya keta di tukar kepada fulus. duit aku dia gna utk gf yg lain. yg aku tau aku bodoh masa tu.

Ki Kiey berkata...

aku baca pun sakiit hati.


da,

jgn layan dia lagi~!

@LiYaNNuaR ツ berkata...

sgt kesian pd hati itewww... huhuhu... salam kenal yek...

Sweet Thinker berkata...

huuu. akoo kalo ppuan banje pun da malu tahap cipan. nie nk suruh2 jd driver treler plak. ahtoiii!